WAJIB TAHU !! Jangan Harap Gaji Suami 100%, Isteri Perlu Ada Income Sendiri

Sis nak pesan ni. Tolonglah wahai isteri-isteri dan wanita-wanita, jangan biarkan diri kita menjadi seorang yang tiada income sendiri atau mengharapkan duit suami 100% saja. 

Sis sudah banyak jumpa kes-kes isteri dianiaya sama ada dari suami atau keluarga suami. Memang sukar nak bangkit dari bawah kalau terkena pada isteri yang tiada income. Ia mengambil masa dan ada yang sampai ke sudah bergelumang dengan kemiskinan walhal masa ada suami, hidup senang. Biasanya isteri yang bekerja atau ada pendapatan sendiri ini boleh bangkit dengan lebih cepat dan get over lebih cepat. 



Hari ini kita disayangi suami, ada yang sudah berpuluh tahun hidup dicintai suami, namun takdir siapa yang tahu? Tup-tup, ditinggalkan, diceraikan. Kalau bekas suami tak lupa tanggungjawab, alhamdulillah. Kalau jenis yang lupa tanggungjawab, bertambah meranalah kita nak bangkit dari kegagalan. 

Hari ini kita hidup gembira bersama suami. Tup-tup ditakdirkan suami meninggalkan kita buat selamanya. Kita tak tahu apa yang akan terjadi. Tiba-tiba harta suami diambil keluarga dia ke, keluarga mertua buat naya ke. 

Hidup ini tak boleh dijangka, sis sudah banyak terjumpa kes di mana anak-anak dilarikan bekas suami atau anak dapat pada suami. Nak menuntut, perlukan masa dan duit. Tak ada duit, proses menuntut anak pun menjadi perlahan. Nak buat apa-apa pun tak boleh, bertahun-tahun naik turun mahkamah. Bila anak sudah dapat di tangan, tiba-tiba anak dah tak mahu bersama ibunya. 

Kes dianiaya suami sudah semakin banyak. Zaman dulu kita boleh duduk di rumah tunggu suami balik. Zaman sekarang, kita walau duduk rumah kena buat juga kerja lain yang boleh mendatangkan hasil. Beringat dan sentiasa bersedia kerana hidup tak boleh dijangka. 

Siapa yang nak berhenti kerja untuk jaga anak sepanjang masa itu, fikirkan berkali-kali. Kalau tiba-tiba berhenti kerja, tapi tak tahu apa back up yang boleh dibuat, baik tangguhkan dulu niat itu. Sudah banyak kes isteri korbankan kerjaya duduk rumah, akhirnya ditinggalkan suami. 

Nak berhenti kerja boleh, nak berkorban untuk keluarga dan anak pun boleh tetapi sekurang-kurangnya sebelum berhenti itu, kita sudah ada hala tuju apa yang hendak dibuat boleh mendatangkan income walaupun hanya sekadar duduk di rumah. 

Sis dulu pun ada kerjaya yang bagus, ada education yang bagus tetapi ambil keputusan untuk duduk di rumah. Tetapi sis tak berhenti bodoh-bodoh begitu, sis run a business dan rancang setahun sebelum ceased practise. 

Kita sebagai wanita perlu bersedia kiri kanan bawah atas. Esok lusa kita tak tahu apa yang akan terjadi. Kita boleh tawakal pada Allah tetapi tawakal saja tidak mencukupi. - Nurulbadiah Lai

0 Response to "WAJIB TAHU !! Jangan Harap Gaji Suami 100%, Isteri Perlu Ada Income Sendiri"

Post a Comment

KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...