Hukum Wanita Yang Share Gambar Air Susu Ibu Di Media Sosial


Sebelum ini viral di media sosial bila ramai yang mempertikaikan tindakan segolongan wanita yang berselfie ketika menyusu. Masih dalam lingkungan isu yang sama terbaru seorang ustaz menegur tindakan kaum wanita yang menyusu mempamerkan hasil perahan mereka di media sosial.

Status yang dimuat naik ustaz berkenaan juga menimbulkan perdebatan dalam ruangan komen terutama bila beliau menggunakan perumpamaan air mani yang dianggap tidak sesuai dan kasar.

Walau pun ada yang menganggap perkongsian foto itu sekadar untuk memberi inspirasi kepada kaum ibu untuk menyokong penyusuan ibu namun bagi lelaki ia mungkin membayangkan perkara lain, itu antara yang turut diperkatakan oleh netizen tentang status berkenaan.




Berikut adalah perkongsian ringkas namun pedas dari Ustaz Emran Ahmad.

Minta maaf, boleh tolong rasa malu sikit tak?

Benda-benda sulit atau perkara yang bersifat peribadi tidak payahlah tayang di fb atau kepada orang lain. Tanpa rasa bersalah ada wanita menunjukkan gambar 'air susu' badannya kepada khalayak (di fb dll). Ada pula yang tunjukkan gambar pakaian dalam yang hendak dipakai malam nanti pada suami di fb.

Kalau ditegur nanti dijawab apa salahnya? Bukan tunjuk aurat pun. Sedangkan pengertian aurat  itu luas bukan hanya bermaksud anggota badan sahaja sebaliknya dalam bahasa Arab kalimah aurat itu sendiri disebut ;

Setiap sesuatu yang ditutup kerana malu jika ditunjukkan.

Kalau orang perempuan tanpa malu boleh tunjuk air susu badannya yang diperah atau disimpan, apa bezanya jika ada pula orang lelaki menunjukkan air maninya yang dibubuh atas sudu atau dalam cawan?

# Tapislah perbuatan kita dengan akal fikiran, sifat malu dan budi pekerti yang tinggi serta kesopanan dalam setiap tindakan.

Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda ;

“Malu itu tidak mendatangkan sesuatu melainkan kebaikan semata-mata.” [HR. Al-Bukhari dan Muslim]

Apabila hilang malu pula maka yang datang semuanya keburukan!

7 Responses to "Hukum Wanita Yang Share Gambar Air Susu Ibu Di Media Sosial"

  1. Tiada salah saya rasa.. saya lagu malu ustaz yg bandingkan air susuvcdgn air mani.. susu ibu untuk anak yg minum.. air mani untuk apa tujuan letak dlm cawan untuk tayang. Nk banding biarlah berakal. Saya malu dgn orang yg buat bandingan demikian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Ape yg nak dimalukan dengan perbandingan ustaz tuh. Betul la tu ape ustaz tu cakap. Air susu ibu adalah untuk pemakanan bayi. Dan air mani seorang lelaki pula, benih untuk kejadian bayi. Bukan benda yg sama berkaitan bayi ker tuh? Ustaz nie sebenarnya nak bagi penekanan tentang sifat malu bagi muslimah2 sekelian. Tidak semua benda boleh dikongsi dengan umum,terutamanya jika benda tersebut melibatkan jasad aib kita. Jangan lah kerana dek cuba tunjuk belagak pandai, tapi menunjukkan betapa dangkalnya kita dengan ilmu. Amek yg jernih, yg keruh tuh buang, bukan cuba jernihkan jugak.

      Delete
  2. Tiada salah saya rasa.. saya lagu malu ustaz yg bandingkan air susuvcdgn air mani.. susu ibu untuk anak yg minum.. air mani untuk apa tujuan letak dlm cawan untuk tayang. Nk banding biarlah berakal. Saya malu dgn orang yg buat bandingan demikian...

    ReplyDelete
  3. Yang ustaz tu sampaikan.. bukan die samakan air mani tu ng susu tu dri segi fizikal atau pon dri segi kegunaan.. yang die sampaikan dari segi perasaan malu yg sama.. malunye kita tayang air susu tu same mcm kita tayang air mani.. tu yg sy paham la.. rasenye xsusah nk pahamkan tu������

    ReplyDelete
  4. Klau dah tayangkan susunya, mesti ada sekalian kita terbayang payu dara wanita ataupun terbayang payu dara pemilik wanita tersebut. Sama juga dgn air mani. Jadi nak elakkan org dari terbayang yg bukan2 jgn post langsung. Senang je, nak mengelakkan. Itu salah satunya maksud ustaz juga.
    Betul tak?

    ReplyDelete
  5. atas alasan apa yg nak tunjuk air susu tu sebenarnye..??

    ReplyDelete

KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...