Di depan pintu gerbang kota Madinah kelihatan Aisyah r.a sudah menunggu dengan penuh kerinduan. Rasa rindunya kepada suaminya, Rasulullah SAW sudah sangat terasa. Akhirnya Rasulullah SAW tiba juga ditengah kota Madinah.
Aisyah r.a dengan sukacita menyambut kedatangan suami tercinta. Tiba dirumah Rasulullah SAW beristirahat melepaskan lelah baginda manakala Aisyah r.a pula dibelakang rumah sibuk menyediakan minuman untuk Rasulullah saw.
Lalu minuman itupun dihidangkan kepada Rasulullah SAW. Baginda meminumnya perlahan hingga hampir menghabiskan minuman tersebut.
Tiba tiba Aisyah berkata, "Ya Rasulullah, biasanya engkau memberikan sebahagian minuman kepadaku. Tapi kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu?"
Rasulullah SAW diam dan hendak menghabiskan air digelas itu. Tetapi Aisyah bertanya lagi, "Ya Rasulullah, biasanya engkau memberikan sebahagian minuman kepadaku. Tapi kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu?"
Akhirnya Rasulullah SAW memberikan sebahagian air yang tersisa dari gelas itu kepada Aisyah r.a.
Aisyah r.a meminum air itu namun terus memuntahkannya semula.Ternyata air itu terasa masin dan bukannya manis. Aisyah baru tersedar bahawa minuman yang ia buat telah dicampur dengan garam bukan gula.
Kemudian Aisyah r.a segera meminta maaf kepada Rasulullah SAW.
Itulah sebahagian dari banyaknya kemuliaan akhlak Rasulullah SAW. Baginda menyedari kesalahan yang dilakukan oleh isterinya, namun tidak memarahinya atau menegurnya dengan kasar.
Rasulullah SAW memberi kita teladan bahawasanya akhlak yang mulia dapat kita mulai dari lingkungan terdekat dengan kita.
Sebuah hadith menyebutkan, "Lelaki yang paling baik diantara kamu adalah yang paling baik akhlaknya kepada isterinya". Semoga kita diberi taufik untuk dapat meneladani akhlak Rasulullah SAW.
0 Response to "KISAH Tingginya KESABARAN RASULULLAH SAW Terhadap ISTERI Baginda"
Post a Comment